Sabtu, 24 Jun 2023

TALIBAN JUAL TEH TARIK


Tiada 'abang besar' dalam Perikatan, kata Muhyiddin

TIADA “abang besar” dalam Perikatan Nasional walaupun PAS diberi kebanyakan kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pengerusi pakatan Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu berkata PAS lebih berpengalaman berbanding Bersatu dan mempunyai banyak kerusi penyandang di negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Kita tak panggil ‘abang besar’ ke ‘abang kecil’. Saya presiden Bersatu dan pengerusi PN disokong oleh PAS.

“Tak kisah siapa memimpin asalkan kita mempunyai tekad dan azam sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pagoh hari ini.

Bekas perdana menteri itu menjawab dakwaan PAS adalah “abang besar” dalam PN kerana parti Islam itu akan bertanding di 126 kerusi daripada 245 kerusi pada PRN akan datang.

Bersatu akan bertanding di 83 kerusi manakala Gerakan akan bertanding untuk memenangi 36 kerusi.

Peruntukan kerusi yang adil

Muhyiddin seterusnya berkata pembahagian kerusi dilakukan secara adil walaupun PAS diberi lebih banyak kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Di Selangor dan Negeri Sembilan, Bersatu lebih… begitu juga di Pulau Pinang.

“Bagi kami tak jadi masalah dan sudah diputuskan dengan baik (pembahagian kerusi PN),” katanya.

Bagaimanapun PN masih belum memutuskan senarai calon yang akan diletakkan pada PRN.

“Tidak kira apa pun, kita akan memastikan terdapat penyertaan yang adil atau sesuai daripada kategori calon yang akan dibentangkan kepada kita,” katanya. – 24 Jun, 2023.

WOIT 

AWAS !!!

TALIBAN PAKAI

JUBAH BERSATU

UNTUK JUAL

TEH TARIK

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

abuqassim berkata...

Abang bosa mmg tkdo doh..
Yg ado atuk bosa...
Bosa tabung eh..
Huhuhu...