Rabu, 9 Ogos 2023

BAK KU TEH MASUK BERKEMPEN



PRN15: Kepala babi cemari bilik gerakan DUN Juasseh

SEREMBAN – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ke-12 hari ini dicemari insiden penemuan kepala dua babi termasuk di bilik gerakan Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.

Calon PN DUN Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, beliau menerima maklumat kejadian itu oleh jentera kempennya di Bilik Gerakan DUN Juasseh sekitar 8.30 pagi tadi.

Menurut beliau, selain di bilik gerakan, insiden sama turut belaku di Sungai Dua di bawah DUN Senaling.

“Ini perkara biasa dalam politik dan saya berharap penyokong PN bersabar kerana kita pun tidak menuduh parti mana yang lakukan provokasi sebegini.

“Saya harap masyarakat lebih peka dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan salah faham sebaliknya terus fokus kepada kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kejadian itu turut tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti.

Gambar tersebut menunjukkan kepala babi diletakkan di atas bendera PN.

Mengulas lanjut, Eddin yang juga Ketua Bersatu Kuala Pilah berkata, wakilnya telah membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan.

KAH KAH KAH

BAK KU TEH

MASUK KEMPEN

KAH KAH KAH

INI MACAM

KEPALA BABI

BETINA PUAKA

DI UNI MALAYA

KAH KAH KAH

KEMPEN GELAP

CARI UNDI

KAH KAH KAH

KHALAS

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam macam cara dibuat untuk raih simpati pengundi agar menang PRN, esok lusa tak tau apa pula

Tanpa Nama berkata...

Kepala Babi satu harga lebih kurang RM 200 jadi siapa kaya sampai buang atas jalan jalan ini? Siapa kaya sangat sanggup buang bak kut teh? Kah kah kah wayang Cina mana? Wayang Cina kuno atau drama moden? Siapa pengarang siapa lakon layar? Kah kah kah

Amier The Hero berkata...

Kah kah kah kah kah kah.. chomellll ajo palo babi tu tt. Lawak botul la dedak² politik ini jam. Apo pun buleh buek.. kepalo² penyamun sumo dok relek ajo. Org bwh yg kojo kogheh ponggal palo babi pink lotak kek bendero pn. Hahahahaha.. dapek la duit rokok dgn duit teh sikit buek ghaso²...

Tanpa Nama berkata...

Bila tokan beli kerusi. Sendiri bikin sendiri bising. Kih kih kih.

Tanpa Nama berkata...

apa pasal nak terkejut plak..pembaca tt tak pernah dengar dr halimah dari parti agama PAS merasmikan dan mempromosikan bah ku teh halal..come on bro..dah 23tahun zaman melinium ni, zaman digital..takkan lebai google menipu..

Tanpa Nama berkata...

dah tentu la melayu yang buat sebab dibalut dgn kain bendera PN..takkan china takot pegang babi..hebat auta melayu..