Rabu, 9 Ogos 2023

NAJIB IKUT ZAHID MINTA LUPUS KES SAKAU


Najib kemuka representasi kedua kes pecah amanah RM6.6 bilion


NAJIB Razak menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya bersama bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib dan Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin pihaknya menerima surat representasi pada minggu lepas daripada Tetuan Shafee & Co yang mewakili bekas perdana menteri itu.

“Jadi, kami perlukan masa untuk meneliti surat representasi kerana kes ini melibatkan dokumen yang banyak.

“Saya diarah memohon satu lagi tarikh pengurusan kes untuk Peguam Negara Idrus Harun mempertimbangkan representasi ini,” kata Saifuddin.

Sementara itu, peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan peguam K. Kumaraendran yang mewakili Irwan memohon satu tarikh dalam tempoh masa sebulan.

Hakim Muhammad Jamil menetapkan 12 September depan untuk pengurusan kes.

Najib mengemukakan representasinya dua tahun lepas tetapi ditolak manakala representasi dihantar Mohd Irwan pada 2020 tidak dijawab AGC, sehubungan itu Irwan menghantar permohonan representasi baharu pada Mac lepas.

Pada 24 Oktober, 2018 Najib, 70, dan Irwan, 66, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Disember, 2016 dan 18 Disember, 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama, 9 Ogos, 2023.


WOIT

INI KEPALA 

SAKAU

AMIN

RAJA SAKAU

IKUT ZAHID

MINTA BATAL KES

MENCURI

AMIN

TERPULANG

PADA SAPA BUAT KEPUTUSAN

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Amier The Hero berkata...

Tak gak tobat² laie najib ni. Tu la, lenkali jgn bagi dio duduk bilik istimewo dlm penjagho. Bagi ajo sel biasa serupo mcm org lain. Biar dio tau erti hidup tu cemano. Harta melambak, duit bergunung pun tak guno. Yg sodap eh kak mah la, bleh shopping laie dan masih bebas poie sano sini. Duit byk maaa.. ghoto tak abih mkn pun 7 keturunan. Lain la kito, pueh mencarik duit nak menampong hidop.