Selasa, 8 Ogos 2023

BALA FITNAH



Amirudin bakal

 saman 

Muhammad Sanusi
GOMBAK – Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor diminta tidak melarikan diri atau mengelak daripada menerima surat saman Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang membabitkan projek pembersihan Sungai Klang.

Malah Menteri Besar Selangor,   Amirudin Shari berkata, beliau juga telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti perkara tersebut dan surat saman terhadap Muhammad Sanusi dijangka diterima dalam masa terdekat.

“Mutakhir ini, kita lihat mereka lebih galak untuk menabur fitnah dan kitar semula cerita serta dakwaaan yang sebahagiaan itu telahpun dijawab di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,.

“Sebagai contoh SMG telah dijawab dengan berulang kali dalam rekod dua kali oleh YB Izham berkenaaan proses, dengan pelbagai tuduhan dilakukan termasuk keupayaan syarikat dan juga skandal.

“Sebab itu saya akan mengemukan surat saman tuntutan mereka terlibat. Insya-Allah peguam saya sedang teliti, sama ada esok dan paling lewat Khamis ini mereka akan terima dan diharap mereka tidak larilah selepas terima surat saman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, di sini, hari ini.

Semalam Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad menuntut permohonan maaf secara terbuka dan pampasan ganti rugi RM200 juta daripada Muhammad Sanusi berikutan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dikeluarkan Menteri Besar Kedah itu mengenai projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Syarikat itu dalam satu kenyataan merujuk dakwaan-dakwaan Sanusi ketika Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, minggu lalu bahawa wujud skandal antara Amirudin dengan Vincent untuk melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, Sanusi yang menggelar Vincent sebagai tauke mendakwa, Pengasas Berjaya itu akan memperoleh tanah 600 hektar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan negeri kitra-kira RM180 juta.

Sementara itu, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata, segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang adalah tidak berasas malah mereka terdesak untuk meraih undi pada pecutan akhir Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Sama ada isu Hutan Bukit Langong dan 600 ekar tanah percuma paling tiada asas. Semalam timbul pula isu serahan elaun, sedangkan satu sen pun tidak diterima.

“Paling besar pun saya dapat karipap dalam mesyuarat, itu pun mungkin mereka anggap sebagai rasuah, agaknya,” ujarnya. – 

WOIT

NUSI NI MAKIN

DILIHAT HERO

MAKIN KASAR

AMIN

MAKIN JADI

GEDEBE 

AMIN

CAKAP 

LEPAS LEPAS

MULUT TAK

DI KAWAL

KHALAS

BALA SAMAN

AKAN DATANG

AMIN














JANJI

Tiada ulasan: