Selasa, 8 Ogos 2023

PROJEK JATUHKAN KERAJAAN MASIH BERJALAN ?


Kenyataan kerajaan pusat akan bertukar jika Perikatan menang PRN tidak betul, kata Ramkarpal

KENYATAAN Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu bahawa tidak mustahil kerajaan Pusat akan bertukar sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini adalah tidak betul.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh ketika ditemui Bernama hari ini berkata sekiranya gabungan pembangkang itu menang di enam negeri pada PRN ini, ia tiada kaitan dengan kedudukan kerajaan Pusat.


Keputusan PRN tak akan ubah kerajaan pusat, kata Azalina


TIADA peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini akan membawa perubahan kepada pentadbiran kerajaan persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata beliau hairan bagaimana perkara itu boleh dibangkitkan dan menggesa pihak berkenaan mengemukakan peruntukan atau undang-undang yang dirujuk oleh mereka.

WOIT

DUA MENTERI

CAKAP PERKARA

YANG SAMA

AMIN

INI AMAT BERAT

MAKNANYA KEMPEN

 GELAP MENYENGAT

AMIN

MAKNANYA PROJEK

NAK JATUHKAN

KERAJAAN MASIH

BERJALAN

AMIN

INI DIJADIKAN

KEMPEN UNTUK

MENARIK UNDI

KHALAS

Tiada ulasan: