Khamis, 24 Ogos 2023

KELAYAKAN SAIFUDIN


Bekas ahli Parlimen PJ pertikai kelayakan Saifuddin untuk haramkan buku Marx

MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menerima kecaman daripada bekas pendidik dan ahli Parlimen berhubung serbuan ke atas sebuah kedai buku baru-baru ini bagi menyiasat jika buku mengenai Karl Marx melanggar undang-undang tempatan.

Kua Kia Soong berkata justifikasi Saifuddin terhadap serbuan di Toko Buku Rakyat minggu lepas tidak menggambarkan kerajaan perpaduan.

Jumaat lalu, pegawai Kementerian Dalam Negeri menyerbu kedai buku di Kuala Lumpur dan merampas dua buku, terjemahan bahasa Melayu “Karl Marx: The Revolutionary as Educator” oleh Robin Smalls, dan buku tulisan pemilik kedai Benz Ali “Koleksi Puisi Masturbasi”. Kedua-dua buku itu tiada dalam senarai larangan kerajaan.

“Nampaknya pentadbiran Madani Anwar Ibrahim tidak berbeza dengan kerajaan terdahulu yang mengharamkan aliran Marxisme yang dikendalikan oleh Parti Sosialis Malaysia,” kata Kua dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya tidak tahu pencapaian pendidikan menteri dalam negeri kita untuk beliau memutuskan buku mengenai Marx layak diharamkan di Malaysia, sebuah negara yang didakwa oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk ‘membangunkan kemahiran Abad ke-21 dengan pemikiran kritis dan kreatif’.

“Satu-satunya pengalaman saya mengenai Saifuddin ialah pada 9 November 1996 apabila beliau adalah seorang daripada pemimpin yang mengetuai kumpulan tunjuk perasaan untuk mengganggu Persidangan Asia Pasifik kita di Timor Timur. – 24 Ogos 2023.


KELAYAKAN

TAK PENTING

KAH KAH KAH

MENANG KALAH

DALAM PRU

TAK PENTING

AMIN

YANG PENTING

ADA KUASA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: