Mujahid dakwa kerajaan Pas Kelantan miliki pemikiran “takfiri siyasi”
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah, Mujahid Yusof menyifatkan pemikiran Islam ala Pas adalah hadiah pemberian ke atas rakyat Kelantan setelah proses demokrasi dibuat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Menurutnya, pemikiran “takfiri siyasi” kini menguasai kerajaan Pas Kelantan.
Beliau mendakwa, ucapan Menteri Besar Kelantan yang baharu pada kuliah Jumaat di Kota Bharu jelas mengisyaratkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai tontonan mahu melawan perjuangan Islam.
“Jelaslah, pemikiran ‘takfiri siyasi’ menguasai pemikiran Kerajaan Negeri Kelantan iaitu pemikiran menganggap seteru politiknya sebagai tidak perjuangkan Islam dan mereka sahaja secara eksklusif perjuangkan Islam.
“Kesan pemikiran takfiri siyasi memecah-belahkan masyarakat dan memburukkan imej Islam yang ‘dipenjarakan’ secara monopoli politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, hari ini.
Semalam, Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud melabel dua orang ADUN pembangkang di negeri itu sebagai mereka yang menolak perjuangan Islam.
Dalam satu video yang tular, Mohd Nassuruddin mengeluarkan kenyataan itu dipercayai ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Kelantan, semalam.
Dalam pada itu Mujahid mencadangkan agar kerajaan pusat menegur sikap pemimpin Pas itu kerana ia boleh menjejaskan imej Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
“Rakyat Kelantan telah membuat keputusan dan kita perlu menghormati pilihan mereka namun menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menegur unsur yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” ujarnya.
1 ulasan:
TT, lagi baik ikut macam gua. Gua mau masuk neraka. Tak payah nak jadi alim sebab nak masuk syurga dan main dengan bidadari bermata jeli. Kah! Kah! Kah!
Catat Ulasan