Jumaat, 11 Ogos 2023

SAPA MB KELANTAN SEKARANG ?



PAS ganti calon MB Kelantan, kekalkan MB Kedah dan Terengganu

PAS akan membuat perubahan dengan menukar gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar di Kelantan jika parti itu menang pilihan raya negeri (PRN) esok.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti akan memilih calon menteri besar dan timbalan menteri besar daripada latar belakang tokoh agamawan dan teknokrat.

“Perubahan gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar sekarang bagi Kelantan akan diganti dengan gabungan kepimpinan baharu aaitu tokoh agamawan dan tokoh tenokrat.

“Ia tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan Tuanku Al-Sultan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sementara itu, PAS membuat ketetapan mengekalkan menteri besar di Terengganu dan Kedah.

Takiyuddin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat yang diadakan di Rusila, Terengganu semalam.

“PAS akan mengekalkan menteri besar bagi Terengganu dan Kedah, tertakluk kepada mandat rakyat Tuanku Sultan kedua-dua negeri,” katanya.

Penyandang menteri besar Kelantan ialah Ahmad Yaakob di mana beliau memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggantikan Nik Aziz Nik Mat yang berkhidmat selama lima penggal.

Sementara itu timbalan menteri besar, Nik Amar juga dilantik memegang jawatan itu pada PRU13.

Manakala Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik menjadi penyandang menteri besar di Terengganu.

Bagi Kedah pula penyandang menteri besarnya ialah Sanusi Md Nor yang memegang jawatan itu selepas gabungan Pakatan Harapan jatuh di Kedah pada Julai 2018. – 11 Ogos, 2023.


WOIT

SAPA MB

KELANTAN

SEKARANG ?

AMIN

MUKA TAK

PERNAH LIHAT

KAH KAH KAH

NAK GANTI 

DENGAN SAPA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: