Jumaat, 8 September 2023

ANWAR BERCAKAP JUJUR


Tiada sebarang arahan kepada AGC dalam kes Zahid, kata PM


ANWAR Ibrahim menegaskan beliau tidak memberi sebarang arahan kepada Peguam Negara Idrus Harun berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Katanya selaku perdana menteri beliau tahu kesan daripada keputusan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap kestabilan politik dan negara tetapi akur dengan penjelasan Idrus yang tidak mahu melepaskan tanggungjawab dalam menguruskan kes itu kepada penggantinya.

“Saya nak jelaskan tidak ada arahan kepada peguam negara. Dia terlibat dalam meneruskan pendakwaan… kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis oleh AGC yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan.

“Tentunya sebagai perdana menteri, saya tahu kesan daripada tuduhan yang dilemparkan susulan keputusan tersebut, malah saya terpaksa tanya panjang lebar kepada peguam negara kenapa keputusannya begitu serta kenapa sekarang?” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Seri Petaling dekat Kuala Lumpur hari ini.

Isnin lepas Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat itu. – Bernama, 8 September, 2023.




ANWAR IBRAHIM

SOSOK JUJUR 

KHALAS

DIA BERCAKAP

BENAR & JUJUR

AMIN

TAK PERLU

SUMPAH LAKNAT

DI MASJID SEPERTI

SAIPOL BOKHARI

AMIN

KHALAS


3 ulasan:

abuqassim berkata...

Boto la tuh bilo dio tk arah..
Org lain la yg jd pengarah..
Buek baik bopado pado..
Buek jahat srh la org lain buek an..
KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

gua percaya mahkamah betul sebab tu anwar dipenjara.. bukti DNA ada dalam jubor.. jadi kes tak dapat nak DNAA

Tanpa Nama berkata...

Hong Kong banjir, Guangdong ribut, Athens banjir, merata dunia alam memberontak, sini asyik makan minum sembang kedai kopi, tak kisah tak ada masa nak fikir semua berat, nak sampai syurga nak khianat nak tikam belakang, nak tebuk atap, nak kutuk nak mengata fitnah setiap masa, kenapa begitu? Apakah ini ajaran orang atau ajaran agama? Atau memang perangai sejak dahulu kala? Kah kah kah makan jangan tak makan, berak jangan tak berak semuanya lumrah dunia tapi jangan tabur pasir atas nasi orang itu perangai paling buruk orang Kita kah kah kah