Imej AGC tercalar selepas gugurkan tuduhan Zahid, kata Badan Peguam
JABATAN Peguam Negara (AGC) mencemarkan reputasi dan kredibilitinya sendiri apabila memohon untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) dalam kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi, kata Badan Peguam Malaysia.
Badan itu berkata ini kerana AGC memohon DNAA pada peringkat prosiding mahkamah yang begitu lewat selepas prima facie diwujudkan oleh timbalan pendakwa raya sebelum ini.
Presiden Bar Karen Cheah berkata kenyataan AGC pada 5 September sama sekali tidak mempunyai justifikasi yang sewajarnya berhubung sebab ia memohon DNAA.
“Dengan DNAA yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi, peguam Zahid merebut peluang untuk mendesak pembebasan secara terang-terangan.
“Biarlah kita jelas dan tidak membuat kesilapan mengenainya bahawa Hakim Mahkamah Tinggi (Collin Lawrence Sequerah) tidak mempunyai pilihan kecuali memberikan DNAA kepada timbalan perdana menteri berkenaan.
“Oleh itu, adalah lompong untuk AGC mengaitkan penarikan balik sepenuhnya kes itu kepada mahkamah tinggi dan menggunakannya sebagai alasan dalam kenyataan media, dan bukannya memberikan penjelasan terperinci,” katanya dalam satu kenyataan.
AGC berkata permohonan DNAA dalam kes rasuah Zahid adalah berdasarkan alasan yang kukuh.
“Berdasarkan laporan media tindakan AGC menarik balik pertuduhan terhadap Zahid adalah tidak bermoral, jabatan itu ingin menegaskan keputusan itu dibuat adalah berdasarkan alasan konsisten yang diberi dan diterima oleh mahkamah.
“Ketika membuat keputusan hakim yang berhormat menyatakan alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan adalah munasabah,” katanya.
Cheah berkata Sequerah menyatakan sekiranya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat untuk tidak meneruskan sebarang pertuduhan lanjut, maka banyak masa kehakiman yang berharga akan terbuang dan sejumlah besar wang pembayar cukai juga akan dibazirkan.
“Kami menegaskan bahawa peguam negara mesti bertanggungjawab kepada rakyat negara ini.
“Sekiranya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat untuk meneruskan sebarang pertuduhan lanjut maka ia sepatutnya memanfaatkan proses ‘pengambilan semula perbicaraan selepas pelepasan’ di bawah seksyen 254A Kanun Tatacara Jenayah.
“Ini adalah di mana perbicaraan Zahid akan dikembalikan semula dan diteruskan seolah-olah tiada perintah DNAA sedemikian diberikan,” katanya.
Cheah berkata mesti ada kemahuan politik sebenar untuk melaksanakan rombakan sepenuhnya struktur dalam AGC di mana peranan AG dan Pendakwa Raya mesti dipisahkan.
Ini katanya adalah untuk mewujudkan kebebasan sebenar dalam melaksanakan kuasa pendakwaan yang diberikan kepada pendakwa raya bebas daripada sebarang pengaruh Eksekutif. – 8 September, 2023.
.
1 ulasan:
KAH KAH KAH
Sapo king maker skrg nih?
Pak syeh dh lupo dh..
Matlamat yg baik nk ubahkn negaro..
Tk bulih halalkn cagho dgn amik ponyangak...
Ni ank murid dio yg dh pandai koncing bolari².
KAH KAH KAH
Catat Ulasan