Ahad, 24 September 2023

SOKONG BAHASA MELAYU


Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 


SHAH ALAM - Penganjuran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023 yang akan diadakan pada 25 hingga 26 September ini akan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu di peringkat negara-negara ASEAN dan antarabangsa.

Pengerusi SAABM, Kamarazaman Yacob berkata, matlamat utama simposium anjuran Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) itu bertujuan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sekali gus memperkasa sosial dan budaya di peringkat antarabangsa.

"Ia berupaya menjadi medium dan pentas kepada pejuang bahasa Melayu untuk menyuarakan pandangan serta idea bagi menyebarluaskan semangat perjuangan sama ada di dalam negara sehingga peringkat antarabangsa.

"Penganjuran SAABM 2023 ini selari dengan penubuhan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Pengajian Melayu dan Ketamadunan) di TGBC Thailand pada 26 Ogos 2023.

"Kerjasama TGBC dan Rajamangala University Of Technology (RMUTT) berfungsi sebagai hab pendidikan untuk meluaskan jaringan Pengajian Melayu dan Ketamadunan di Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Acara itu turut mendapat kerjasama Pejabat Perdana Menteri Kesembilan, Kumpulan UCSI dan Komuniti Pensyarah ASEAN.

Ujar Kamarazaman, simposium tersebut akan melibatkan satu ucaptama, empat sidang dan satu forum.

Menurutnya, program itu akan membentangkan kertas kerja oleh tokoh dari Malaysia dan negara-negara ASEAN serta antarabangsa bagi membincangkan resolusi penggunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

"Alhamdulillah, kita berjaya menarik beberapa tokoh pejuang bahasa untuk menjadi panel dan moderator bagi sidang dan forum seperti Syed Mohd Zakir Syed Othman, Penerima Anugerah SEA Write 2011 termasuk aktivis sosial dan penulis, Hishamuddin Rais," katanya.

BERSAMA KITA

SOKONG

BAHASA MELAYU

AMIN

Tiada ulasan: