Siapa anda mahu halang takbir dilaungkan? – Akmal
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mempersoalkan tindakan penganjur perhimpunan Freedom for Palestine di Dataran Merdeka semalam yang tidak membenarkan para peserta melaungkan takbir.
Beliau secara sinis mencadangkan supaya mereka menganjurkan perhimpunan di hadapan pejabat sendiri dan sesama ahli sahaja.
“Ini negara Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan.
“Maka siapa anda mahu menghalang takbir dilaungkan?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Ramai peserta perhimpunan anjuran Viva Palestina dan MYCARE itu meluahkan kekesalan dalam media sosial ekoran tindakan penganjur menasihatkan mereka supaya tidak melaungkan takbir dengan alasan ia turut disertai bukan Islam.
Mereka turut mengecam Pengerusi Viva Palestina, Dr Musa Mohd Nordin yang menyamakan perbuatan peserta perhimpunan yang memegang sepanduk mengutuk Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu dengan Zionis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan