Isnin, 23 Oktober 2023

PAS ANJUR DEMO YANG TEPAT



PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan

Perhimpunan mengutuk kekejaman Israel akan dianjurkan PAS hujung minggu ini, kata Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata perhimpunan pada Sabtu ini akan diadakan di depan Kedutaan Amerika Syarikat dan orang ramai bebas melakukan apa sahaja bentuk bantahan terhadap regim Zionis itu, ia berbeza dengan himpunan dianjur semalam yang melarang orang ramai bertakbir dan membawa sepanduk.

“Pada Sabtu ini di hadapan kedutaan AS, kita boleh takbir dan sebut perkataan Yahudi serta boleh mengecam Zionis. Kita tiada larangan penggunaan perkataan yang boleh dan tak boleh dalam menunjukkan kemarahan kepada Israel,” katanya dipetik laporan BH semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Ketua Pemuda PAS itu juga kesal dengan kandungan video tular di media sosial ekopran peserta himpunan menyokong Palestin berlangsung di Dataran Merdeka semalam mendakwa pihak penganjur melarang pesertanya melaungkan kalimah takbir.

“Kita amat kesal dan pelik mengapa takbir tak boleh disebut di situ, kita pelik mengapa dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi tak boleh lagi bertakbir.

“Kalau takbir pun tak boleh, nak sembahyang macam mana. Takkan tak boleh sebut takbir, maka tak sahlah sembahyang. Itu benda pelik yang berlaku,” katanya lagi.

Semalam, media melaporkan peserta perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE di Dataran Merdeka kecewa dan kesal dengan sikap penganjur yang didakwa melarang mereka melaungkan kalimah takbir.

Malah, ada yang mendakwa peserta dilarang membawa sepanduk tertentu memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, larangan seumpama itu oleh penganjur dianggap satu tindakan ‘double standard’.

“Saya belajar di London sebelum ini, bila ada demonstrasi menyokong Palestin, tiada masalah bertakbir dengan golongan Marxism, sosialis. Tiada apa-apa isu yang boleh mengundang fitnah atau pun melukakan hati mereka.

“Tetapi mengapa semalam peserta demonstrasi dihalang bertakbir. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pun ada semalam (dalam himpunan). Anak Perdana Menteri (Nurul Izzah Anwar) pun ada. Jadi mengapa hal ini dibiarkan,” katanya.

PAS ANJUR

DEMO ANTI ISRAEL

YANG TEPAT

AMIN

HARI SABTU

SASARAN PEJABAT

DUTA AMERIKA

AMIN

BOLEH TIBAI

PEJENAYAH PERANG

NETANYAHU

AMIN

BOLEH BAWA

SEPANDUK GAMBAR

SETAN NETANYAHU

AMIN

DI BENARKAN

TAKBIR

ALLAH AKHBAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: