Rabu, 18 Oktober 2023

CADANGAN TERBAIK !!!


Bom hospital, OIC perlu seret Israel ke ICJ – Mahar


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu menyeret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) Jismi Johari berkata, Israel sudah keterlaluan dan angkuh apabila bertindak mengebom hospital hingga menyebabkan hampir 1,000 nyawa terkorban.

“Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Malaysia perlu mengutuk sekeras kerasnya dan mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel itu sebagai jenayah perang yang paling kejam.

“Ia adalah insiden yang merekodkan kematian tertinggi di Gaza sejak Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin selepas serangan Hamas ke atas rejim zionis,” katanya.

Jismi berkata, Israel perlu didakwa atas jenayah kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai dan pencabulan hak asasi manusia antarabangsa.

Beliau berkata, tindakan kejam Israel menunjukkan negara zionis itu menunjukkan sikap tidak menghiraukan nyawa orang awam.

“Mereka memusnahkan bangunan- bangunan di Gaza dan membunuh sesiapa sahaja yang boleh mereka bunuh. Rakyat Gaza pada masa kini ditinggalkan tanpa elektrik, tiada makanan, tiada bahan api.

“Situasi terkini di Gaza semakin meruncing apabila jumlah kematian membabitkan orang awam terus meningkat di tengah-tengah pencerobohan dan sekatan menyeluruh oleh rejim Israel,” katanya.

Sementara itu, beliau mahu Malaysia dan pemimpin dunia menggesa Mesir untuk membuka lintasan Rafah dengan segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan boleh segera dihantar ke Gaza.

SATU CADANGAN

YANG TEPAT

AMIN

BERANI KAH 

NEGARA ARAB

BAWA ISRAEL

KE MAHKAMAH

ANTARABANGSA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: