Rabu, 18 Oktober 2023

GUAN ENG NAK JADI KETUA MENTERI SEKALI LAGI


Saya bukan orang yang cakap jatuhkan Chow – Guan Eng



Guan Eng minta Kon Yeow buktikan ada plot jatuhkan beliau



Kalau tiada, tak perlulah bukti – Kon Yeow

GEORGE TOWN – “Saya sudah jelaskan sekiranya ada (usaha untuk menjatuhkannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang).Kalau tiada, tak perlulah bukti.”

Demikian reaksi Chow Kon Yeow mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng yang meminta beliau mengemukakan bukti berhubung dakwaan wujud komplot menjatuhkan dalam kalangan pihak luar serta dalam parti.

Kon Yeow berkata, konteks ucapannya pada majlis makan malam ulang tahun ke-25 Persatuan Alumni Heng Ee di sini perlu diambil kira secara keseluruhan memandangkan perkataan ‘hui chao’ bermaksud ‘kembali ke sarang’ itu merujuk kepada tema majlis tersebut yang meminta alumni menyumbang semula kepada komuniti.

“Saya memaklumkan ‘hui chao’ itu bermakna  kepada saya apabila ada cubaan menggantikan ketua menteri baharu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung meskipun jawatan ketua menteri tidak digantikan namun perjalanan saya ke hadapan masih mencabar.

“Saya juga ingatkan sesiapa yang cuba timbulkan isu itu agar tidak berbuat sedemikian ini kerana calon PRN, pelantikan exco serta jawatan saya diputuskan oleh parti dan dalam konteks itu saya menyeru semua pihak sama ada dalam atau luar parti bekerjasama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kepimpinan dan Tadbir Urus (FLAG) di Penang Institute di sini hari ini.

Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, pasukan pentadbiran kerajaan negeri termasuk barisan exco baharu dilantik memberi kerjasama namun beliau berharap ia boleh ditambah baik bagi memastikan visi Penang 2030 tercapai.


WOIT

KAH KAH KAH

SEMUA TAHU

GUAN ENG

NAK KEMBALI

BERKUASA

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

KEMARUK KUASA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: