Ahad, 15 Oktober 2023

FATWAA MUFTI YANG BETTUL


Boikot syarikat, produk sumbang kepada Israel – Mufti P.Pinang

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang,  Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru orang ramai memboikot syarikat serta produk yang menyumbang kepada Israel.

Jelas beliau, tindakan memulau syarikat serta produk khsususnya dari Amerika Syarikat perlu dilakukan susulan mereka telah menderma ribuan makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Gaza.

“Amerika Syarikat perlu ‘disedarkan’ supaya menghentikan polisi ‘double standard’ yang dipraktikkannya selama ini.

“Kuasa besar dunia itu menyokong Republik Ukrain menentang Rusia, sedangkan di Palestin mereka menyebelahi Israel dan membantunya menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka yang dirampas rejim itu sejak 1948,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam Pekembangan sama, Wan Salim berkata, umat Islam seluruh dunia wajib membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang bagi mempertahankan diri dan tanahair.

“Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia sama yang beragama Islam dan bukan Islam menunaikan tanggungjawab kemanusiaan mereka dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza khususnya untuk meringankan penderitaan mereka akibat serangan dari Israel.

“Ini susulan media melaporkan tentera penjajah Zionis menyasarkan kemudahan-kemudahan awam di Senenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 1,900 rakyat Palestin di Gaza maut akibat serangan tentera Israel.

Daripada jumlah itu, seramai lebih 614 kanak-kanak terkorban.

Serangan pelbagai jenis bom berangkai dan roket turut mengakibatkan 7,696 penduduk Palestin cedera. 

SYABAS MUFTI

TANJUNG

AMIN

KHUTUBAH  

JUMAAT

ISINYA WAJIB

BOIKOT SYARIKAT

SOKONG ISRAEL

AMIN

WAJIB SENARIKAN

NAMA SYARIKAT

AGAR UMAT SEDAR

AMIN

KHALAS


1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Jadi semua barang Yahudi kita kono boikot .. nampak nye Gwa kena ketepikan PANADOL lah bila nak demam dan poning. Gwa terpakso lah carik bomoh dan Dukun untuk borubek .. kahkahkah.