Ahad, 15 Oktober 2023

MAKIN RAMAI ANAK MUDA BUNUH DIRI


Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?

Statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pertengahan 2021 mengenai laporan kes bunuh diri dari 2019 sehingga Mei 2021 sepatutnya membuka mata banyak pihak.

Terutamanya kepada pihak pembuat dasar dan juga pihak kerajaan bahawa isu ini sudah mula meruncing terutamanya di ketika pandemik yang sedang melanda dunia ketika ini.

Menurut kenyataan oleh PDRM, di dalam tempoh dari 2019 sehingga Mei 2021 sebanyak 1,708 kes telah dilaporkan, iaitu dengan purata kira-kira 3 kes bunuh diri setiap hari.

Antara data yang mengejutkan melalui laporan ini ialah dapatan bahawa kaum wanita lebih ramai menjadi menyumbang kepada kes bunuh diri dengan peratusan 83.5 peratus berbanding kaum lelaki.

Dari segi umur pula, didapati lebih separuh dari keseluruhan kes-kes ini melibatkan golongan remaja di antara umur 15-18 tahun. Sebanyak 668 kes melibatkan lingkungan umur 19 hingga 40 tahun, manakala mereka yang berumur lebih 40 tahun menyumbang kepada 168 kes.

Jelas, yang menjadi mangsa kes bunuh diri di negara ini kebanyakannya adalah golongan remaja yang sepatutnya menjadi masa depan membangunkan negara.

Negeri Johor mencatatkan kadar kes tertinggi dengan jumlah kes bunuh diri sebanyak 101 dari 2019 hingga 2020. Negeri Selangor pula mencatatkan kes tertinggi pada tahun 2021 iaitu sebanyak 117 kes dari Januari 2021 hingga Mei 2021.

Tidak ketinggalan, secara purata seramai 77 orang di Pulau Pinang membunuh diri setahun dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu antara 2020 hingga tahun ini setakat Mei lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 78 orang membunuh diri pada 2020; 114 (2021) dan 41 (setakat Mei tahun ini) menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 233 orang.

Daripada statistik itu pula, sebanyak 20 kes bunuh diri dengan cara terjun dari jambatan yang mendapat perhatian meluas ketika ini berlaku sepanjang tiga tahun lalu dengan tujuh kes dicatatkan tahun ini setakat Mei lalu.

Tambahan lagi, kaji selidik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati cubaan membunuh diri juga telah meningkat di kalangan remaja seawal usia 13 tahun dengan 10 peratus dari para remaja mengakui pernah melakukan cubaan bunuh diri sekurangnya sekali.

Kesan larangan pergerakan serta “lockdown” berpanjangan akibat pandemik Covid-19 yang telah merosakkan kehidupan normal, sosial serta ekonomi rakyat tampak jelas apabila berlaku peningkatan kes bunuh diri hampir 2 kali ganda berbanding tahun sebelum ini, iaitu sekitar kes bunuh diri 1.7 setiap hari pada 2019.

Ini adalah realiti yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia sekarang. Isu kesihatan mental bukan lagi perkara remeh ataupun sampingan yang boleh diketepikan dalam arus pembangunan modal insan negara.

Berapa ramai keluarga ataupun individu yang terkesan secara mendalam akibat pandemik yang sedang berlaku sekarang ini?

Kadar kemiskinan telah semakin meningkat dan dilaporkan sekitar 600,000 keluarga kelas pertengahan M40 telah tergelincir ke dalam garis kemiskinan B40 akibat hilang mata pencarian.

Desakan oleh rakyat untuk menuntut pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini juga menunjukkan bahawa ramai yang memerlukan bantuan segera bagi meneruskan kehidupan di waktu terdesak seperti sekarang.

Ia ialah satu kehilangan besar dalam memastikan kesinambungan pembangunan negara dan juga kualiti kehidupan rakyat turut serta meningkat apabila ramai yang mengalami tekanan untuk meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, kaji selidik badan NHMS pada 2019 mendapati bahawa seramai 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental dan kajian sama juga mendapati seramai separuh juta (2.3 peratus dari populasi Malaysia) menderita masalah depresi.

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada isu kesihatan mental kebanyakannya berkait dengan faktor luaran seperti isu keluarga, kewangan, tempat tinggal, pekerjaan, tekanan sosial dan pelbagai lagi. Isu-isu ini banyak berpunca dari ketidakseimbangan dan juga jurang kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang semakin melebar.

Kualiti kehidupan rakyat perlu dipertingkatkan dan isu-isu yang membelenggu rakyat perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Tidak ada guna jika negara ini dipenuhi oleh bangunan-bangunan besar jika akhirnya kualiti kehidupan rakyat tidak terjaga. Isu-isu yang menekan rakyat perlu diselesaikan segera. Kanak-kanak terutamanya perlu diberi perhatian khas agar tidak dibebankan secara melampau.

INI BUKTI

PALING JELAS

HIDUP RAKYAT

MAKIN SUSAH

AMIN

INI BUKTI JELAS

EKONOMI NEGARA

MAKIN RUNTUH

AMIN

MAKIN BAYAAK

ANAK MUDA

BUNUH DIRI

BUKTI MEREKA

TAK YAKIN ADA

MASA DEPAN

KHALAS

Tiada ulasan: