Sabtu, 14 Oktober 2023

KETUM MASIH JADI MANGSA


Ops Tapis Khas: 4,509 orang termasuk pelajar, penjawat awam ditahan

KUALA LUMPUR – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.707 juta dalam Ops Tapis Khas yang diadakan di seluruh negara pada 10 hingga 12 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata, rampasan itu dilaksanakan bersama JSJN negeri-negeri yang disertai 2,528 pegawai dan anggota.

Katanya, daripada 5,014 individu diperiksa sebelum 4,509 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dadah serta kesalahan lain dan kesemua mereka berusia lingkungan antara 14 hingga 70 tahun.

“Daripada jumlah itu seramai 482 orang adalah tokan dadah termasuk seorang penjawat awam dan seorang pelajar sekolah manakala 2,232 orang adalah penagih (4 penjawat awam dan 3 pelajar).

“Disamping itu, seramai seramai 195 orang lagi adalah dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah disusuli 1,600 orang lagi yang mana tujuh daripadanya pelajar sekolah ditahan atas lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin, dalam operasi itu, serbuan dilakukan di kawasan Felda dan Felcra, pot penagih, Projek Perumahan Rakyat (PPR), sekatan jalan raya dan perkampungan nelayan.

Tambah beliau, operasi itu memberi tumpan kepada mengesan dan menangkap tokan dadah di sekatan jalan, memusnahkan pot-pot penagihan, bertindak atas penagih tegar, menangkap suspek dikehendaki kesalahan dadah serta tindakan pencegahan ke atas pengedar dadah yang dikenalpasti.

“Nilai dadah yang dirampas itu adalah membabitkan pelbagai jenis dadah seberat 129.83 kilogram (kg) dan 492.26 liter dan ia termasuk Syabu 44.3kg, Ganja 5.79 kg,Heroin 2.7 kg, daun ketum 75.8 kg dan air tekum sebanyak 484.60 liter.

“Selain itu, pasukan juga berjaya membuat sitaan pelbagai aset milik kesemua suspek iaitu jam tangan mewah, barang kemas, kenderaan mewah serta wang tunai kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,103,559 juta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 sekaligus menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan aset adalah berjumlah RM2.810 juta,” ujarnya.

Mohd K berkata, amarudin, kesemua suspek disiasat dibawah pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, individu dikehendaki dan juga Akta Racun 1952.

Sementara itu, Kamarudin memberitahu, sepanjang Ops Tapis Khas 1 hingga Ops Tapis Khas 4 yang dilaksanakan sejak Januari hingga Oktober ini, seramai 17, 147 suspek ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah manakala sejumlah 2,434.27 kilogram dan 4460.14 liter cecair pelbagai jenis dadah bernilai RM23.911 juta dirampas. – 

WOIT

MASANYA DAH

TIBA UNTUK

KITA BEBASKAN

KETUM DARI

AKTA BAGINDA

QUEEN

AMIN

DAH DI RAMPAS

LEPAS TU APA

JADI ?

AMIN

SIMPAN DIMANA?

MUSNAH MACAM

MANA ?

AMIN

SAJE TANYA

KALAU GANJA

DIBAKAR ASAP

SATU NIKMAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: