Sabtu, 14 Oktober 2023

NILAI RINGGIT REENDAH


Ringgit ditutup rendah RM4.72 pada hari Bajet 2024 dibentang

Ringgit mengakhiri sesi urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika unit negara maju itu terus mengukuh berbanding mata wang lain dalam tempoh 24 jam lepas.

Untuk rekod, Bajet 2024 dibentang Anwar Ibrahim pada petang Jumaat dan penutupan pada 6 petang tadi menyaksikan ringgit susut ke paras 4.7260/7305 berbanding dolar AS daripada 4.7090/7140, semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini turut didorong oleh jangkaan kebanyakan pelabur bahawa AS akan menaikkan lagi kadar faedahnya.

“Kenaikan Indeks Harga Pengguna AS hanya menguatkan lagi spekulasi bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan lagi kadar faedah itu pada tahun ini.

“Jangkaan sedemikian hanya memacu pengukuhan dolar AS berbanding mata wang wang dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lainnya.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7615/7670 daripada 5.7925/7987 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 4.9760/9807 daripada 5.0005/0058 namun susut berbanding yen kepada 3.1582/1615 daripada 3.1572/1614.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain, termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4522/4559 daripada 3.4556/4598 semalam.

Ringgit juga naik berbanding baht Thailand kepada 12.9810/9995 daripada 12.9997/13.0207 sebelum ini.

Ia bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia pada 301.3/301.7 daripada 299.9/300.4 pada Khamis dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.32/8.33 berbanding 8.31/8.32, sebelum ini.

WOIT

KITA LIHAT

MINGGU DEPAN

AMIN

BARU KITA TAHU

APA PANDANGAN

DOLAR TERHADAP

BELANJAWAN 2024

KHALAS

Tiada ulasan: