Harga barangan akan melonjak bila SST naik, kata peruncit
CUKAI jualan dan perkhidmatan (SST) yang dicadangkan kenaikan daripada 6% kepada 8% akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan ia akan menjejaskan perbelanjaan, kata Kumpulan Peruncitan Malaysia.
Pengarah urusannya, Tan Hai Hsin berkata walaupun sektor makanan dan minuman (F&B) dan telekomunikasi tidak terjejas, harga jualan di outlet (F&B) akan meningkat.
“Ini kerana peningkatan itu akan menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan makanan, termasuk pengimport, pengedar, syarikat logistik, pemilik hartanah runcit dan lain-lain,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan mekanisme kerajaan dalam menguatkuasakan kenaikan SST.
“Tiada jangka masa diberikan berkenaan kenaikan itu. Dan juga, adakah ia kenaikan secara berperingkat (6%-7%-8%) atau kenaikan sekali (6%-8%)?
“Oleh itu, kesannya tidak dapat ditentukan pada masa ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan menaikkan kadar SST daripada 6% kepada 8%.
Untuk tidak membebankan rakyat, Anwar berkata kenaikan itu tidka termasuk perkhidmatan untuk makanan, minuman dan telekomunikasi.
Tan berkata 50% daripada RM58.1 bilion akan diperuntukkan untuk kawalan harga barangan dan perkhidmatan.
“Pelaksanaan Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga 30% lebih murah, dijalankan di seluruh negara.
“Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan kepada RM2 billion. Ia dijangka memberi manfaat kepada 60% daripada golongan dewasa di Malaysia.”
Beliau berkata kadar maksimum STR akan meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 dan minimum untuk golongan beliau akan naik daripada RM350 kepada RM500.
“Agihan STR pertama untuk isi rumah akan mula dilakukan sebelum Ramadan 2024 dan ia akan meningkat daripada RM300 kepada RM500.
“Yayasan Sumbangan Rahmah (SARA) akan bertambah kepada 700,000 penerima STR dengan RM100 sebulan bagi tempoh 12 bulan. Bayaran pertama akan dibuat pada Februari 2024.” – 28 November, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan