Selasa, 28 November 2023

MENTERI BUAT LAWAK BANGANG


TVET sebagai 'game changer' untuk jadi negara maju, kata timbalan menteri

PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disifatkan sebagai ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam usaha negara untuk menjadi negara maju.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata fokus kepada TVET juga mampu meningkatkan ekonomi dengan membekalkan pelbagai pekerjaan kepada generasi muda.

Beliau berkata dengan 33 Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara, pelajar aliran TVET menunjukkan kebolehpasaran sebanyak 95 peratus dalam bidang perindustrian yang mampu menjana pendapatan tinggi.

“Kami melawat beberapa negeri yang melahirkan graduan institut TVET bukan sahaja kebolehpasaran yang tinggi tetapi gaji juga (tinggi) terutamanya yang menjalankan tugas di luar negara seperti kimpalan dalam air dalam sektor minyak dan gas,” katanya dalam temu bual Program Setahun Bersama Kerajaan Madani menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang melaksanakan program TVET Madani iaitu program melawat alumni TVET ILP yang berjaya menjadi usahawan menerusi kepakaran mereka.

Mustapha berkata sebagai contoh seorang alumni TVET di Jitra, Kedah membuka perniagaan membaiki pendingin hawa dan mendapat pulangan sebanyak RM2.5 juta tahun lepas serta terkini pada Julai lepas, beliau meraih pulangan RM2.6 juta.

“Kami juga melawat seorang usahawan di Melaka yang merupakan alumni TVET, dia pula membaik pulih pendingin hawa dan menjual barangan seperti pendingin hawa dibaik pulih dengan harga yang murah dan bertahan selama tiga tahun. Saya bangga dengan alumni TVET kita,” katanya.

Beliau berkata KSM melancarkan Unit Pengambilan TVET (UPTVET) bagi menyelaraskan permohonan dan mengelakkan pertindihan pada laman sesawang https://mohon.tvet.gov.my. – Bernama, 28 November, 2023.

WOIT

INI CONTOH

MENTERI BANGANG

KAH KAH KAH

BUKAN BUAT

LAWAK BERDIRI

TAPI BUAT

LAWAK BODOH

KAH KAH KAH

GAME CHANGER

ERTINYA

MENGUBAH KEADAAN

AMIN

APAKAH DENGAN

IKUT TVET SAJE

KITA BOLEH JADI

NEGARA MAJU

AMIN

PALAT PUNYA NGOK

DIA PATUT PERGI

BELAJAR DULU

SEBELUM BERCAKAP

AMIN

BODOH SIMPAN

SENDIRI JANGAN

TUNJUK

PADA DUNIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: