Isnin, 20 November 2023

HAKIM KEPUTUSAN TANGGUH


Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan Nik Elin

MAHKAMAH Persekutuan menangguhkan keputusan permohonan dua individu yang mencabar keabsahan 18 peruntukan jenayah syariah dalam enakmen negeri Kelantan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim membuat ketetapan itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak yang diterima sebagai sahabat mahkamah atau amicus curiae.

“Kami akan bersidang dan membincangkannya,” katanya selepas mendengar hujah semua pihak.

Mereka yang diterima sebagai amicus curiae ialah Sisters In Islam (SIS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pada 25 Mei, 2022 peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyen untuk menyemak semula 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Kes itu didengar pada 17 Ogos lepas dan disambung hari ini.

Peruntukan yang dimohon disemak semula termasuk seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan seksyen 14 (liwat).

Peruntukan lain termasuk seksyen 15 (hukuman liwat), seksyen 16 (seks dengan mayat), seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan seksyen 31 (gangguan seksual).

Dua peruntukan iaitu seksyen 5 (dakwaan palsu) dan seksyen 37(a) (berjudi) digugurkan daripada permohonan menjadikan kesemuanya yang tinggal ialah 18. – 20 November, 2023.

TANGGUH JANGAN

PANAS KEADAAN

AMIN

ADA KES LIWAT?

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: