Ahad, 3 Disember 2023

AGUS KENA SIASAT


Polis siasat dakwaan gangguan seksual babit Agus


BEKAS ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Dr Mohammad Agus Yusoff sedang disiasat atas dakwaan gangguan seksual, lapor media.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilapor berkata siasatan dijalankan susulan laporan dibuat oleh Penolong Pegawai J-KOM  Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani semalam.

Beliau dipetik Sinar Harian sebagai berkata, berdasarkan laporan itu Abdul Wahab mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu Sarawak.

“Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan,” katanya.

Menurut Razarudin, polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan.

Semalam, polis mengesahkan Abdul Wahab membuat laporan polis berhubung rakaman video perbualan individu mirip Agus dan seorang kakitangan J-Kom.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata Abdul Wahab membuat laporan polis pada 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, katanya menurut laporan Bernama.

Pertengahan bulan lalu satu rakaman video memaparkan perbualan antara lelaki didakwa mirip Agus dengan seorang individu lain tersebar di media sosial.

Agus mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sementara itu, Abdul Wahab dilaporkan berkata beliau tertekan dengan apa yang berlaku dan mahu membersihkan namanya. – 1 Disember, 2023.

WOIT

AWALNYA DIUMPAN

UNTUK DIPERANGKAP

AMIN

KINI UMPAN DAH

JADI PERANGKAP

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: