Ahad, 3 Disember 2023

KERAJAAN AKAN RUNTUH ?



Lebih 10 ahli parlimen kerajaan akan sokong Perikatan, dakwa Pak Wan


LEBIH 10 ahli parlimen blok kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baru menggantikan gabungan Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak, kata pemimpin Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau mendakwa spekulasi peralihan kerajaan itu sebenarnya “lebih kuat dan realistik” berbanding ura-ura ramai lagi ahli parlimen PN akan menyokong kerajaan, lapor Sinar Harian.

Redzuan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ahli-ahli Parlimen blok kerajaan itu.

“Kalau hendak andaikan akan ada lagi ahli Parlimen Bersatu akan berpaling tadah, saya fikir spekulasi ahli-ahli Parlimen blok kerajaan termasuk BN (Barisan Nasional) dan PKR bakal menyokong PN menubuhkan kerajaan baharu lebih kuat… realistik.

“Saya dapat maklumat ada ura-ura lebih 10 ahli Parlimen yang hendak berpindah blok.

“Mereka ini mengkaji asas permasalahan kerajaan sekarang dan menyedari Kerajaan Perpaduan ini ditunggang DAP,” katanya seperti dipetik Sinar Harian. 

Redzuan menyifatkan spekulasi yang beliau dedahkan sebagai “pohon tidak akan bergoyang jika tiada angin”.

Beliau menyebut amaran Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengenai perjanjian bon kesetiaan RM100 juta antara parti dan ahli-ahli Parlimen BN untuk kekal setia sebagai antara asas spekulasi itu.

Media sebelum ini memetik sumber dalaman PN yang tidak dinamakan, mendakwa ada lapan lagi ahli parlimen gabungan itu akan berpaling tadah menyusul lima yang berbuat demikian sejak Oktober.

Lima ahli parlimen PN itu ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan yang terbaru minggu lepas Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang). – 2 Disember, 2023.

KAH KAH KAH

BILA YB PERIKATAN

PALING TADAH

LU UCAP 

SELAMAT DATANG

AMIN

BILA YB PAKATAN

SOKONG PERIKATAN

LU NAK CAKAP APA

KAH KAH KAH

LU WAJIB

UCAP SAYORNARA

SELAMAT TUBUH

KERAJAAN BARU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: