Rabu, 13 Disember 2023

APAKAH PEMUDA UMNO TAK SEDAR ?


Pemuda UMNO tak benarkan impian Kit Siang selagi bernyawa


MELAKA – Pemuda UMNO tidak akan membenarkan impian veteran DAP,  Lim Kit Siang untuk menyaksikan
pemimpin bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia kata ketuanya, Muhamad Akmal Saleh.

“Kami akan memastikan impian uncle Lim Kit Siang hanyalah sekadar impian dan tidak akan benarkan ia dilaksanakan selagi kami bernyawa.

“Sila nyatakan impian tersebut pada pihak polis hari ini,” katanya menerusi status di Facebook (FB) rasminya hari ini.

Khamis lalu, Kit Siang berkata, polis sedang mencari beliau susulan kenyataannya di Manchester bahawa Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata demikian ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia sambil berharap Malaysia tidak perlu menunggu lama seperti Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai pemimpin daripada kalangan minoriti.

Beliau merujuk kepada pelantikan bekas Presiden AS, Barack Obama yang menjadi orang kulit hitam pertama dipilih menerajui negara itu, kira-kira 230 tahun selepas AS mencapai kemerdekaan.

Susulan kenyataan kontroversi itu, Kit Siang hari ini tampil memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. –

CUKUP PELIK

CERITA TAN SERI

DI LONDON TAHU

AMIN

WAHAI PEMUDA 

UMNO

TAHUKAH KAMU

ADA 1.2 JUTA ++

WARGA CHINA MERAH

DAH MASUK LESAP

KE TANAH MELAYU

AMIN

ANGKA INI PASTI

BERTAMBAH BILA

VISA MASUK JADI

LONGGAR

AMIN

KENAPA HAL INI

KAMU TAK BISING

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, TT selalu sebut 1.2 juta ++, 1.2 juta ++ tu masuk sejak zaman Ahjib Gor lagi, dah berapa lama? Jika diantara 1.2 juta ++ tu beranak pinak dah berapa juta ++?, Sekarang ni kita minta dan berharap pihak berkuasa dan pihak penguatkuasa menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dengan lebih amanah dan lebih agresif, ambil tindakan tanpa henti baharulah masalah itu dapat dibendung walaupun mungkin tidak dapat diatasi sepenuhnya.

panglimo potaseh berkata...

Bayangkan kito ado 1.2 juta China Merah setiap ekor ulor RM2000 sambil2 tu dapek lak nyoyot puting Pink .. percuma lagi . Kompom ni salah DAP.

Tanpa Nama berkata...

MELAKA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM49,200 kepada abangnya, Dr. Muhamad Solehin Saleh.

https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2023/12/kes-saman-fitnah-muhamad-akmal-diperintah-bayar-rm49200-kepada-abang/