Jumaat, 22 Disember 2023

BILA NAK TANGKAP WARGA CHINA MERAH ?



1,101 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di KL

SERAMAI 1,101 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Jalan Silang di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata operasi bersepadu berkenaan yang bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang disertai sejumlah 1,138 anggota antaranya daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata operasi dijalankan bagi tujuan membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan itu dan Kompleks Kota Raya terutamanya melibatkan warga asing.

“Operasi ini juga memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan berkenaan. Pihak polis akan sentiasa menjalankan operasi bersepadu seperti ini dari semasa ke semasa untuk memastikan Kuala Lumpur bebas daripada pendatang tanpa izin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Allaudeen berkata semua warga asing yang ditahan bekerja dan tinggal di sekitar kawasan berkenaan serta ada yang datang ke situ bagi pelbagai tujuan termasuk berjalan-jalan.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya turut merampas 100 karton rokok, 80 karton arak dan pelbagai ubatan yang dibawa masuk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan dengan nilai keseluruhan RM104,530.

Ubat-ubatan yang dirampas itu katanya, dibawa masuk dari negara antaranya Nepal dan Bangladesh untuk dijual kepada warga asing yang memerlukan.

“Rampasan ubat-ubatan antaranya melibatkan ubat selesema dan demam, ia dijual kepada warga asing yang memerlukan susulan kos untuk mendapatkan rawatan yang tinggi dan sukar kerana mereka tidak mempunyai dokumen,” katanya.

Difahamkan, ubat-ubatan berkenaan dirampas di sebuah premis yang dijadikan sebagai klinik mini bagi warga asing.

Ditanya mengenai tindakan terhadap pemilik premis yang menyewakan kepada warga asing, Allaudeen berkata pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada DBKL untuk sebarang tindakan lanjut.

Allaudeen berkata semua yang ditahan diserahkan kepada imigresen dan disiasat mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959.

Dalam pada itu, Allaudeen turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berhubung kegiatan mencurigakan terutamanya melibatkan warga asing di kawasan masing-masing kepada pihak polis. – Bernama, 21 Disember, 2023.


BILA NAK BUAT

OPERASI TANGKAP

 WARGA

CHINA MERAH

1.22 JUTA WARGA

CHINA MERAH 

HILANG LESAP

DI TANAH MELAYU

AMIN

MANA MEREKA 

LESAP ?

SAPA PILIHARA

MEREKA ?

AMIN

DI AMERIKA YG

MASUK HARAM

SEMUA MUDA

AMIN

AMERIKA DAH

BERAWAS INI

MUNGKIN SOLDADU

AMIN

 KHALAS




Tiada ulasan: