Jumaat, 22 Disember 2023

NIKMAT BERANCUK


Tinggal anak dalam kereta hingga meninggal dunia, ibu didakwa

SEORANG wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak perempuannya dengan meninggalkan di dalam kereta sehingga meninggal dunia.

Wanita berusia 38 tahun itu yang berkerja sebagai peniaga mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak kandungnya berusia dua tahun tiga bulan di hadapan sebuah rumah di Jalan PJU 1A/25, Ara Damansara, antara 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun peguam Datuk Hanif Hassan mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut.

“Akibat kejadian ini, anak guam saya trauma selama sebulan dan sepanjang siasatan dijalankan, dia memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak berkuasa. Oleh itu saya mohon mahkamah memberikan jumlah jaminan rendah,” kata Hanif.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 30 Januari depan. – Bernama, 22 Disember, 2023.

KES SEPERTI

INI DAH SELALU

BERLAKU

AMIN

KITA SIMPATI

PADA KELUARGA

AL-FATIHAH

AMIN

SATU KEMPEN

WAJIB DI ADAKAN

UNTUK BERI

KESEDARAN

AMIN

IBU & AYAH

YANG SUKA

BERANCUK WAJIB

TAHU JUGA

JAGA ANAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: