Angka kematian serangan Israel cecah 20,000 nyawa
GAZA CITY – Jumlah kematian akibat serangan Israel lebih daripada 70 hari kini mencecah 20,000 kematian pada Rabu lalu.
Pejabat Media Kerajaan di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 8,000 daripada mangsa adalah bayi dan kanak-kanak manakala 6,200 lagi adalah wanita.
Serangan udara berterusan di seluruh Gaza semalam dengan sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Di Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza di mana ratusan ribu orang dari utara mencari perlindungan selepas dipaksa keluar dari rumah masing-masing turut menjadi sasaran berterusan Israel.
Sementara itu, pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Francesca Albanese berkata, serangan Israel terhadap sistem kesihatan di kawasan Palestin telah mengambil ‘bentuk yang paling sadis’.
“Hospital dan kakitangan perubatan adalah suci, pakar hak asasi manusia PBB itu berkata dalam catatan di X, “terutama pada masa kemusnahan besar, penderitaan dan keputusasaan sebagai perang yang tidak masuk akal ini terhadap rakyat di Gaza”.
Israel meneruskan serangan ke atas hospital dan pekerja kesihatan di seluruh Semenanjung Gaza walaupun mendapat bantahan global.- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan