Khamis, 21 Disember 2023

KONGRESS EKONOMI MELAYU MINTA KEBENARAN DARI CHINA


Saya tidak persoal hak Bumiputera adakan kongres ekonomi, kata Lian Ker

BEKAS naib presiden MCA Ti Lian Ker menegaskan kenyataannya ketika perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini, bukan untuk menafikan hak Bumiputera menganjurkan Kongres Ekonomi.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, Ti berkata beliau cuba memberitahu kerajaan agar memberi perhatian sama rata kepada semua kumpulan etnik di negara ini – Melayu, Cina, India serta rakyat Sabah dan Sarawak – daripada tertumpu kepada kumpulan tertentu.

Katanya, kebimbangan utamanya adalah kemungkinan golongan yang mengambil kesempatan, cuba menggunakan kongres itu untuk kepentingan politik dan membangkitkan sentimen Melayu.

“Menangani semua kebimbangan masyarakat penting untuk menyelesaikan masalah negara.

“Kerajaan perlu utamakan kepentingan negara terlebih dahulu,” katanya.

Pada 5 Disember lalu, Ti menggesa kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan semula kongres yang dijadualkan tahun depan itu sebaliknya menganjurkan kongres ekonomi yang menguntungkan keseluruhan rakyat.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan penganjuran kongres ekonomi itu bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.

Sementara Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib berkata penganjuran kongres itu bertujuan menyemak semula dasar sedia ada serta menetapkan hala, dasar baharu dan pelan tindakan penyelesaian terhadap isu ketidakseimbangan sosioekonomi yang masih wujud dalam kalangan etnik

“Saya tidak halang kongres itu dan saya tidak nafikan hak orang Melayu.

“Saya juga tidak kata ‘batalkan kongres’. Itu tidak pernah saya nyatakan.

“Sebaliknya saya bimbang terhadap golongan yang ambil kesempatan demi kepentingan politik,” kata Ti.

Kata Ti lagi, selagi kongres seumpama itu tertumpu kepada golongan elit Melayu yang mengaut semua manfaat untuk diri mereka, “Malaysia tidak akan maju”.

Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh menemplak Ti susulan kenyataannya di Dewan Negara itu dengan memberi amaran agar Ti ‘tidak bermain dengan isu perkauman untuk kepentingan politik.” – 21 Disember, 2023.

INI SUDAH BERAT

MAKIN BERAT

AMIN

KONGRES EKONOMI

MELAYU WAJIB

MINTA KEBENARAN

CHINA UNTUK

DIADAKAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: