Khamis, 14 Disember 2023

KENYATAAN PALING BANGANG



Rombakan Kabinet tiada kaitan soal politik, kata Zambry


ROMBAKAN Kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan ia tidak ada kaitan dengan soal politik, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abd Kadir.

Menteri pendidikan tinggi yang baharu itu berkata perdana menteri mempunyai hak mutlak untuk membina pasukan yang difikirkannya adalah terbaik bagi melaksanakan tugas kepada rakyat.

“Tentunya beliau (Anwar) sudah membuat penilaian yang terbaik untuk meneruskan (gerak kerja) dan juga respons yang beliau peroleh daripada rakyat, bagaimana beliau menyusun semula (Kabinet).

“Ia (rombakan) tidak ada kaitan dengan soal politik seperti yang dispekulasi oleh sesetengah pihak,“ katanya kepada pemberita selepas mengimbas cap jari sebagai simbolik permulaan tugas rasmi di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya, hari ini.

Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian sebagai mengulas dakwaan antara faktor rombakan Kabinet diumumkan Anwar pada Selasa lepas adalah untuk melindungi pengaruh Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno merangkap timbalan perdana menteri.

Anwar melakukan rombakan Kabinet yang pertama sejak penubuhan kerajaan perpaduan dalam usaha memperkukuh pentadbiran sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa.

Rombakan itu turut melibatkan pertukaran portfolio menteri-menteri Umno antaranya Zambry yang dahulunya menteri luar bertukar portfolio kepada menteri pendidikan tinggi.

Portfolio menteri luar digalas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan manakala Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin memegang portfolio menteri pertahanan.

Zambry berkata penstrukturan semula Kabinet adalah perkara biasa bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

“Tumpuan kita ialah apa yang perlu kita laksanakan, apa yang sudah perdana menteri tetapkan kerana matlamat dalam kerajaan Madani ialah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat,” katanya. – Bernama, 14 Disember 2023.

INI KENYATAAN

PALING BANGANG

TAHUN INI

KAH KAH KAH

PALING 

MENAKUTKAN

MAT GELAP INI

JADI MENTERI

PENDIDIKAN TINGGI

AMIN

PARAH NEGARA

KITA INI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: