Khamis, 14 Disember 2023

KOBID MASIH TERKAWAL ?


Covid-19 cecah 12,757 kes namun terkawal, kata KP kesihatan


SEBANYAK 12,757 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Disember berbanding 6,796 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata secara keseluruhan keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada walaupun terdapat peningkatan kes baharu.

Beliau berkata majoriti kes Covid-19 di Malaysia hanya mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal dan penggunaan katil di Unit Rawatan rapi (ICU) masing-masing meningkat kepada 1.4 peratus pada ME49/2023 berbanding ME 48/2023.

“Peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat kepada 0.5 peratus dan secara keseluruhan peratus kes kematian Covid-19 dari 25 Januari 2020 hingga 9 Disember 2023 adalah 0.72%,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata trend peningkatan kes Covid-19 juga dilaporkan berlaku secara global termasuk di beberapa negara jiran dan di Malaysia, peningkatan itu seiring dengan trend yang berlaku pada setiap hujung tahun seperti dilaporkan di negara lain.

Beliau berkata dalam tempoh ME 49/2023, sebanyak 26 varian Omicron baharu dilaporkan terdiri daripada 21 kes varian membimbangkan (VOC) dan lima kes varian mempunyai kepentingan (VOI).

“Sehingga kini, tiada varian baharu dikesan di Malaysia. Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian XBB.1.16, XBB.1.5 dan EG.5.

“Walaupun varian ini diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi, ia tidak menyebabkan kes yang teruk,” katanya.

Pada masa sama, Dr Muhammad Radzi menasihati orang ramai supaya terus mengamalkan langkah pencegahan penularan wabak itu termasuk memastikan tahap kebersihan diri yang tinggi, memakai pelitup muka bagi individu bergejala dan mendapatkan dos primer vaksin serta dos penggalak vaksin Covid-19. – Bernama, 13 Disember, 2023.

WOIT

12 RIBU +++

MASIH TERKAWAL ?

JENG ENG JENG

APAKAH KALAU

MEREBAK AKAN

ADA PKP DARURAT

MACAM DULU ?

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Bilo ado PKP balik .. orang yg kojo swasta paling nazak. Orang kojo gomen apo ado hal tiap bulan nadah gaji walau pun sobosar mano bosa nyo kuman yg inggap.

Dulu den nasib baek duit ado la sikit nyimpan kek bank .. tapi dongan kuasa tuhan PM masa tu Inchik Malikol Sombab bank in kan RM7500 untuk bolanjo sotahun .. semalaman den bojoget songsorang.. tuckbEEr