Ahad, 10 Disember 2023

PAGI AHAD


PAGI AHAD


AHAD 10 DISEMBER 2023
CUACA MOLEK
MATA  HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

BERITA MELAPORKAN
BANJIR SANA SINI 
MAKIN REDA
APAKAH BANJIR DAH BERLALU
ATAU ADA SATU LAGI
OMBAK AKAN SAMPAI
TAHUN DEPAN ?

GAZA
KAJIAN TELAH MENEMUI
BOM  YANG DIGUGUR OLEH ZIONIS
MANGSA 61%
ADALAH ORANG AWAM

UK 
MASIH LAGI BINCANG
HOTEL RWANDA
NAK HANTAR PENDATANG
HARAM  YANG MASUK
SECARA HARAM KE UK
KE RWANDA

DUBAI
COP28 MASIH BERBINCANG
CARI JALAN SELESAI
PERUNTUKAN DANA
UNTUK LAWAN
MALAPETAKA IKLIM

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
BASAH SEDIKIT
HUJAN KECIL TURUN
PETANG KELMARIN

HA HA HA
HARI INI
YANG PALING RAMAI
PIPIT UBAN BERTERBANGAN
KE SANA KE  MARI
KUMPULAN KECIL DAN BESAR

DI ARAH ISTANA LAMA
JANTAN BERKOKOK
GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS

BRO
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN

PAK TAHIR MEMBELI TAPAI
PANAS BERTEDUH DIPOKOK SENA
AKHIR TAHUN AKAN SAMPAI
HARGA BARANG MACAM MANA

PERGI KE MEKAH BUAT UMRAH
VISA HAJI BUKAN MUDAH
BARANG MAHAL RINGGIT MURAH
SAMPAI BILA TAK SUDAH SUDAH

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEREHAT

Tiada ulasan: