Selasa, 16 Januari 2024

CERITA KARUT DARI BERSATU



Jangan terkejut jika usul tidak percaya dari pihak kerajaan sendiri – Razali Idris

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan jangan terkejut sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim datangnya daripada pihak kerajaan sendiri.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Razali Idris berkata, ia kerana kemungkinan undi tersebut akan dibawa oleh ahli Parlimen mahupun parti dalam kerajaan adalah sangat tinggi.

“Jangan terkejut sokongan usul undi tidak percaya terhadap PMX datangnya dari barisan Kabinet, Ahli Parlimen PKR, Ahli Parlimen UMNO, BN dan Ahli Parlimen Amanah. Tidak terkecuali beberapa orang dari Sarawak dan Sabah.

“Jangan memandang rendah keupayaan pembangkang kerana di kaca mata rakyat, kerajaan PMX semakin sombong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Razali berkata, cadangan Timbalan Perdana Menteri,  Zahid Hamidi untuk mewujudkan rang undang-undang (RUU) untuk mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal juga agak pelik.

Jelasnya, Anwar lebih nampak panik sehingga mengaitkan dengan institusi beraja serta integriti dan kedaulatan berparlimen.

“Mengapa pula secara tiba-tiba hendak dicadangkan RUU Penetapan Had Tamat Tempoh Parlimen serta mencabar pembangkang membawa usul tidak percaya terhadap PMX.

“Tindakan pihak pemerintah adalah sangat pelik kerana mungkin sudah ada dalam kalangan Ahli Parlimen mereka sendiri yang beralih sokongan?,” soal beliau lagi.

Awal bulan ini, penulis blog kontroversi, Raja Petra mendakwa pembangkang berjaya memperoleh 120 akaun bersumpah untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Ekoran itu, Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu. 

WOIT

INI BERITA

KARUT MARUT

AMIN

YB BARISAN

NAK SAIN SD

SECARA SULIT

TAKUT

KAH KAH KAH

MUSTAHIL BERANI

BUAT UNDI

TAK PERCAYA

SECARA TERBUKA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL BERLAKU

PUNDEEK LAAA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya satu soalan kepada Abe TT, kenapa ustaz ustazah kita bila bagi ceramah berteriak bersuara kuat walaupun pakai mike? Adakah kerana menegaskan kebenaran atau memang gaya begitu? Lantang teriak dengan sunah, makruh harus haram halal setiap masa betulkah cara begitu? Kalau semuanya nak kira adakah boleh kita pakai mike berbunyi bising pasti ciptaan orang-orang kafir belaka? Mana harus boleh terangkan sedikit pencerahan sebab saya lagi percaya Abe TT daripada ustaz ustazah dalam media TikTok ini kah kah kah