Selasa, 16 Januari 2024

KETUM BAIK UNTUK KESEHATAN


Proses ketum: Polis tunggu keputusan patalogi

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu keputusan patalogi membabitkan anggota polis yang dipercayai terbabit kegiatan memproses dan mengedar ketum.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Allaudeen Abdul Majid berkata, keputusan tersebut dijangka dijangka diperoleh dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

“Kita telah menghantar laporan berhubung kes ini kepada Jabatan Kimia bagi dijalankan ujian dan ia dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

“Keputusan patalogi ini akan kita gunakan bagi membuat pertuduhan sama ada boleh atau tidak ke atas suspek terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Jalan Batu, di sini, hari ini.

Hadir sama Guru Besar SK Lelaki Jalan Batu, Roslinawati Yusoff dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Soffan Hafizal Md Yusuf.

Mengulas lanjut, Allaudeen berkata, tindakan tatatertib telah diambil ke atas empat daripada enam anggota polis yang terlibat.

“Empat anggota ini dikenakan tahan tugas, manakala dua lagi anggota yang turut ditahan sebelum ini telah dibebaskan setelah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan, tujuh individu termasuk enam anggota polis telah ditahan disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum.

Ia susulan sepasukan polis menahan empat lelaki berusia 24 hingga 38 tahun yang juga anggota polis di sebuah rumah di Brickfields, di sini, 4 Januari lalu. – 

BEBASKAN

KETUM DARI

PENJARA

BAGINDA QUEEN

AMIN

MINUM 

AIR KETUM

BAIK UNTUK

KESEHATAN

KHALAS

Tiada ulasan: