Isnin, 29 Januari 2024

DAIM NAIK KERUSI RODA



Daim hadir berkerusi roda ke mahkamah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan,  Daim Zainuddin akan dibicarakan di Mahkamah Seksyen, di sini, atas dakwaan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.

Daim, 85, yang hadir berkerusi roda pagi ini dengan kot berwarna hitam kelihatan seperti tidak bermaya dan tidak bercakap apa-apa ketika dikerumuni pengamal media di lobi mahkamah.

Beliau ditemani isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin dijangka didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi pada jam 9 pagi ini.

Sabtu lepas dalam satu kenyataan, Daim mendedahkan, SPRM sudah mengambil rakaman percakapannya dan memaklumkan bahawa beliau akan didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang juga kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.

“Peguam saya telah difahamkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin 29 Januari mengikut Sesyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan tidak istiyar aset.

“Baiklah, saya tidak sabar dengan hari-hari saya di mahkamah nanti,” katanya melalui peguam beliau.

Minggu lepas, Nai’mah mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dan mohon dibicarakan. 

Pada 10 Januari lalu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Daim.

Na’imah juga mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Beliau berkata disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik Daim dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen. -

PERANG MULA

ATAU 

OKU DI ZALIMI

KAH KAH KAH

KESIAN DAIM

DEMAM KURANG

SEHAT NAIK

KERUSI RODA

AMIN

MASIH WAJIB

TURUN NAIK

MAHKAMAH

AMIN

BILION BILON

DUIT NAK BUAT

APA ?

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan: