Isnin, 29 Januari 2024

PENCEN AGENDA DAP ?



Mansuh pencen untuk lemahkan monopoli Melayu – Rahim

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM),  Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa pemansuhan sistem berpencen dalam kalangan kakitangan awam adalah helah yang dicetuskan oleh DAP.

Beliau mendakwa, cadangan itu dibuat DAP untuk melemahkan orang Melayu yang monopoli perkhidmatan awam sekali gus menjadi sendi kepada politik negara.

“Sebenarnya pencen ini isu yang ditimbulkan oleh DAP yang selalu sebut kita mesti gempur perkhidmatan awam yang dimonopoli oleh orang Melayu.


“Jadi pencen kena tarik kerana orang Melayu ramai dalam. Sedangkan kita tahu perkhidmatan awam itu sendi kepada kepimpinan politik. Orang politik fikir dan membuat dasar dan wawasan, yang melaksanakan kakitangan kerajaan ini.

“Nak gempur tak bolehkan buang sahaja, jadilah kontrak. Kontrak hari ini lantik, esok boleh buang,” katanya sambil berkata cadangan ini mesti ditolak.

Abdul Rahim berkata demikian pada Wacana Intelek bertajuk Pembangunan Ekonomi Bumiputera.

Beliau turut berpendapat cadangan pemansuhan pencen ini sebagai satu helah untuk mencacatkan penguasaan politik Melayu.

Penguasaan politik ini banyak melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN), cikgu melalui Kementerian Pendidikan.

Beliau berpendirian pendekatan ini digunakan untuk merosakkan perkhidmatan awam.

“Apa pasal dulu boleh beri? Kita ni kaya tetapi pentadbir ada sedikit tak pandai.

“Tak reti, tak kreatif, tak pandai. Saya fikir ini helah orang politik,” ujarnya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Kabinet bersetuju perjawatan bagi kakitangan awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahmad Zahid berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).



WOIT

BUKAN NAK

LEMAHKAN

AMIN

ISU PENCEN

BERI PELUANG

UNTUK RAKYAT

LAWAN KERAJAAN

AMIN

 PEMBANGKANG

WAJIB URUT

ISU PENCEN DAN

BAWA RAKYAT

KE JALAN RAYA

AMIN

CAKAP TIDAK

ADA GUNA

AMIN

Tiada ulasan: