Rabu, 3 Januari 2024

SATU BILION $ BELI YB






Kerajaan pandang serius isu dana RM1 bilion jatuhkan kerajaan – Fahmi


PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan memandang serius dakwaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

Jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan dibawa masuk ke mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung esok.

“Saya percaya isu itu dalam siasatan pihak berkuasa dan saya tidak boleh berikan komen cuma saya ambil maklum sidang media dan laporan polis yang dibuat Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, dan memandangkan serius perkara ini.

“Saya perlukan maklumat tambahan dan esok dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet saya akan beri sedikit ulasan,” katanya dalam sidang media ujian kualiti perkhidmatan selular panggilan suara di kementeriannya, hari ini.

Fahmi berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin yang meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Azman berkata, dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

Sebelum ini, spekulasi muncul mengenai “Langkah Dubai” yang merujuk kepada perbincangan yang didakwa berlaku di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.


WOIT

KAH KAH KAH

SATU 1 BILION $

DIGUNA UNTUK

BELI YB

KAH KAH KAH

LEBIH BAIK

ADAKAN PRU

SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: