MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
SHAH ALAM - Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
MoF dalam satu kenyataan berkata, perjanjian sah ditandatangani Nurul Izzah adalah untuk memberikan khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, sepertimana dimaklumkan kepada umum.
“Hantaran yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu dan fitnah semata-mata.
“Dokumen perjanjian yang diuar-uarkan di media sosial merupakan sebuah draf tawaran tidak sah,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Rabu.
Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh menerima satu kiriman di laman sosial Facebook yang berbaur fitnah terhadapnya.
Hantaran tersebut mengatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai penasihat Laksana dan menerima gaji sebanyak RM35,000 serta diberikan dua kakitangan dengan pendapatan antara RM5,000 hingga RM20,000.
Susulan itu, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur fitnah berkenaan selain menegaskan bahawa tindakan menyebar maklumat palsu adalah pelanggaran di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Tiada ulasan:
Catat Ulasan