Hari akhir Op Selamat 21 catat lapan kematian
KUALA LUMPUR - Statistik hari akhir pelaksanaan Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara pada Selasa merekodkan lapan kes kemalangan maut.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kes itu membabitkan 1,455 kes kemalangan yang direkodkan pada tempoh itu dengan 1,786 kenderaan terlibat.
"Terdapat lapan kes kemalangan maut dengan jumlah lapan kematian.
" JSPT menyeru dan menasihatkan kepada semua pengguna jalan terutama penunggang motosikal sentiasa peka dan berhati-hati ketika berada di dalam pergerakan lalu lintas," katanya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan