Sabtu, 24 Februari 2024

KES NAK BAWA MASUK CHINA MERAH ?




Pemecatan Dr Ammar tanpa sebab perkara serius kepada penjawat awam


KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) dan  Kesatuan Pekerja Tourism Malaysia amat terkejut dengan berita penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dr Ammar Abd Ghappar hari ini.

Lantaran itu, KPPLPPM bersedia untuk bertemu Menteri  Tiong King Sing dalam masa terdekat bagi mendapatkan pencerahan daripada beliau sendiri berhubung perkara ini.

Presidennya, Alwi Shakir Abdullah berkata, berpegang pada prinsip tatakelola yang baik serta kebajikan seseorang yang berstatus pekerja, KPPLPPM berpandangan isu ini merupakan satu perkara yang serius terhadap penjawat awam.


Ia kerana berdasarkan tarikh surat dikeluarkan serta tarikh kuat kuasa surat iaitu lima hari adalah amat singkat sekali gus mengundang imej dan persepsi yang tidak baik terhadap mana-mana pihak yang menghadapi situasi yang sama.

Media sebelum ini melaporkan penamatan kontrak Dr Ammar daripada Menteri (MOTAC) berkuatkuasa pada 26 Februari ini, dan surat tersebut dipercayai dikeluarkan semalam.


KPPLPPM mengambil pendirian bahawa perlu ada satu tempoh masa yang lebih adil diberikan agar keharmonian dikekalkan bukan sahaja di dalam agensi malahan dikalangan penggiat industri.

“Perkara ini jelas menimbulkan kegusaran sebagaimana kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen dan juga penggiat industri yang akhirnya boleh memberi kesan kepada pekerja-pekerja di sektor perhotelan dan pelancongan yang meliputi hampir 3 juta pekerja.

“Persoalan yang diutarakan oleh pihak industri selaku pemegang taruh wajar diberi penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Menurutnya, KPPLPPM berpandangan bahawa satu pekeliling atau arahan berkenaan pertukaran, peminjaman atau penamatan tanpa sebab munasabah seperti ini perlu diwujudkan klausa berkenaan tempoh masa notis sekurang-kurangnya sebulan atau lebih bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang, sekali gus dapat menepis persepsi negatif terhadap penjawat awam secara amnya.

KPPLPPM juga berpendapat bahawa Tribunal Penjawat Awam juga perlu diwujudkan kembali agar terdapat platfom yang dapat digunakan untuk representasi diri jikalau merasakan penganiayaan telah berlaku terhadap mereka. – 

 

ADAKAH INI

ADA SANGKUT

DENGAN PELANCUNG

CHINA MERAH

YANG HILANG ?

AMIN

SAJE TANYA

KERANA TIONG NI

SUKA BAWA MASUK

WARGA 

CHINA MERAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini menteri perut buncit mabuk todi suka berjoget... suruh dia jadi menteri kebudayaan.