Sabtu, 24 Februari 2024

KLIM CUCU NABI


Individu mengaku keturunan nabi mesti tunjuk dokumen sah, kata mufti

PETALING JAYA: Individu yang mengaku mempunyai jalur keturunan nabi mesti mengemukakan dokumen perakuan sah daripada pihak berwajib negaranya bagi mengelak penipuan.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata dokumen perakuan itu perlu dikeluarkan mahkamah, majlis agama Islam atau persatuan ulama dikenali umum.

“Sebenarnya kita tidak boleh menafikan bahawa keturunan Rasulullah sememangnya masih wujud hingga hari ini iaitu daripada Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib.

“Tetapi kita juga perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kepada penipuan individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai cicit baginda Rasul yang mulia,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, yang mengingatkan orang ramai menjauhkan diri daripada sikap taasub selepas seorang lelaki mendakwa dirinya dalam jalur keturunan nabi.

Sebelum ini, polis dilaporkan memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa dirinya warga Maghribi dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai “Mawla Amin” dan mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

Ia susulan laporan seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosikan “Mawla Amin”, didakwa mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan perkampungan “Kerajaan 9” di Melaka sebagai persiapan akhir zaman buat pengikutnya.

Sementara itu, Wan Salim menyokong pemantauan polis terhadap pergerakan lelaki berkenaan dan pengikutnya.

“Sekiranya ada bukti mereka melakukan jenayah menipu orang awam untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka maka polis hendaklah mengambil tindakan tegas untuk mengheret ke muka keadilan,” katanya.

WOIT

USTAD KATA

KITA SEMUA

CUCU NABI ADAM

KAH KAH KAH

TAPI MANA

DOKUMEN NAK

BUKTI KITA CUCU

NABI ADAM

KAH KAH KAH

SAPA BUAT

CERITA KARUT INI?

KAH KAH KAH

TAK DA BUKTI

TAKDA DOKUMEN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini tak patut hanya tuju pada golongan lebai sja... taksub kepada nuar juga satu masalah... tengok bila ekonomi malaysia kacau sekarang ni... MP YB bijak pandai dalam kerajaan madaonon semua jadi bodoh bangang.. kah kah kah