Selasa, 13 Februari 2024

PANAS MULA MEMBAHANG



Dua daerah P.Pinang catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

GEORGE TOWN –  Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) antara empat daerah di Semenanjung yang diklasifikasi mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga selepas mencatat suhu harian antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua lagi daerah terbabit adalah Langkawi serta Pokok Sena di Kedah.

“Keempat-empat daerah terbabit mencatatkan suhu maksimum 37 darjah celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut, sekali gus diklasifikasikan dalam keadaan berjaga-jaga.

“Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga 37 darjah Celcius dan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah celsius sebagai gelombang haba (tahap kedua) dan lebih 40 darjah celsius sebagai gelombang haba ekstrem (tahap tiga).

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi MetMalaysia di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas. 

BANJIR MAKIN

DALAM

AMIN

PANAS MAKIN

MEMBAHANG

AMIN

TANDA IKLIM

BERUBAH

KHALAS

Tiada ulasan: