Selasa, 13 Februari 2024

TERBAKAR KERANA DAWAI LETERIK



Masalah pendawaian

 elektrik punca 

kebakaran tingkat 17,

 flat Sri Sabah
KUALA LUMPUR – Masalah pendawaian elektrik pada Distribution Board dalam rumah unit tiga  merupakan punca tercetusnya kebakaran di tingkat 17, Blok 70, flat Sri Sabah Cheras pada Sabtu lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul sekaligus menafikan kebakaran berpunca daripada bunga api.

Jelas beliau, kebakaran di rumah tersebut kemudiannya merebak ke lima rumah yang lain di tingkat yang sama.

“Hasil siasatan Bahagian Forensik JBPM KL telah membuat siasatan mengenal pasti punca kita telah kenal pasti kebakaran bermula di unit nombor tiga hasil siasatan semasa kebakaran rumah tersebut tertutup  dari pintu depan dan belakang.

“Dakwaan kebakaran disebabkan bunga api adalah tidak benar dan siasatan forensik kita juga mengesahkan kebakaran tersebut disebabkan pendawaian elektrik tertumpu di Distribution Board (90 peratus) disebabkan itu,” katanya ketika sidang media di Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Cheras.

Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan pili bomba di kawasan blok perumahan tersebut tidak berfungsi ketika kejadian.

“Dakwaan pili bomba tidak boleh digunakan, yang dikatakan pengadu bukan pili bomba tapi alat bantu mula semasa kebakaran pengadu berusaha guna alat itu bukan pili bomba.

“Semua pili bomba di blok berfungsi cuma tekanan kurang sikit dan semasa kebakaran kita terpaksa guna gentera untuk pump air selain,” katanya lagi.

Sebagai rekod, enam unit rumah di tingkat 17, Flat Sri Sabah, musnah terbakar pada malam Sabtu lalu melibatkan lima buah keluarga.-



LAPANG DADA

FLET TERBAKAR

BUKAN KERANA

MAIN BUNGA API

AMIN

KALAU TIDAK

AKAN ADA

TUDUH MENUDUH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: