Surendran keluar PKR, dakwa parti gagal laksana reformasi
KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mengumumkan keluar PKR kerana kecewa dengan parti itu.
Bekas Naib Presiden PKR itu sebelum itu kecewa dengan sikap pucuk pimpinan parti yang didakwa gagal melakukan reformasi.
“Fahmi, jangan kisah soal disiplin parti. Lagi pun saya pun sudah lama tidak aktif dalam parti.
“Saya tanya mengenai reformasi PKR seperti dijanjikan. Tiada jawapan mengenainya.
“Tiada guna jadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai tindakan keluar parti,” katanya menerusi kenyataan di X hari ini.
Sebelum itu, Fahmi Fadzil yang juga Ketua Komunikasi PKR mengingatkannya supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR. –
2 ulasan:
reforjubor.. saya ulang.. reforjubor
yang bekas2 pi mampuih la .. yang penting YB2 je...
Catat Ulasan