Jangan salah orang lain nilai ringgit rendah – Isham
KUALA LUMPUR – Kejatuhan nilai ringgit ke paras terendah dalam tempoh 26 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini bukan hanya disebabkan faktor luaran semata-mata.
Sebaliknya, ia turut didorong faktor dalaman serta bagaimana orang atau pelabur luar melihat kepada keadaan pengurusan ekonomi dalaman negara yang kucar-kacir, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi Kerja (MKT) UMNO, Isham Jalil.
“Semalam kerajaan kata nilai ringgit lemah sebab faktor luaran. Jika ini betul-betul benar, nilai ringgit akan bercampur-campur berbanding matawang asing yang lain.
“Tetapi, fakta sebenar adalah nilai ringgit jatuh berbanding kebanyakan matawang negara lain dan terhempas ke paras terendah dalam 26 tahun berbanding US dollar
“Ringgit jatuh berbanding Euro, jatuh berbanding Pound, jatuh berbanding Australian dollar, jatuh berbanding New Zealand dollar, jatuh berbanding Singapore dollar, jatuh berbanding rupee, jatuh berbanding rupiah, dan lain-lain.
“Ini bukan sekadar faktor luaran, ini faktor dalaman, atau faktor bagaimana orang atau pelabur luar melihat kepada keadaan pengurusan ekonomi dalaman kita yang kucar-kacir,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Isham berkata, disebabkan itu juga tahap pelaburan asing langsung (FDI) ke Malaysia juga jatuh teruk dan merosot hampir separuh iaitu -47 peratus daripada RM74.5 billion kepada RM39.5 billion sepanjang setahun pentadbiran i Anwar Ibrahim.
“Berikut adalah prestasi ringgit sejak tahun 1990an sehingga hari ini. Data ini adalah purata nilai ringgit setiap bulan berbanding US dollar.
“Semakin tinggi harga ringgit berbanding 1 US dollar semakin lemah nilai ringgit. Melihat kepada data ini, nilai ringgit hari ini adalah terburuk dalam tiga dekad.
“Anwar dan menteri-menteri perlu jawab. Jangan salahkan orang lain,” ujarnya. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan