Khamis, 22 Februari 2024

TAI CHI DAN SILAT DARI BANK NEGARA


Paras semasa ringgit tak cerminkan prospek positif ekonomi Malaysia - Gabenor BNM



KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit sejak kebelakangan ini, sama seperti mata wang serantau lain telah dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),  Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, sebahagian daripada faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

"BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia menuju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Gabenor bank pusat itu berkata, pertumbuhan pada 2024 akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.

Beliau menambah, unjuran terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah perdagangan global akan meningkat daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.

Bagi Malaysia, katanya eksport telah menunjukkan peningkatan yang stabil sejak suku keempat 2023, malah eksport bagi Januari 2024 yang baru dikeluarkan telah menjadi positif apabila berkembang sebanyak 8.7 peratus.

"Sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras prapandemik seramai 26 juta orang.

"Momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek-projek yang diluluskan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

"Mencerminkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan berstruktur serta jangkaan penurunan kadar faedah di ekonomi maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan meningkat tahun ini," katanya.

Nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara hari ini apabila mencecah paras RM4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada sekitar jam 5 petang ini, ringgit berada di paras 4.795 susut 0.41 peratus berbanding penutup semalam.

Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu RM4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.

Paras terbaharu hari ini juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober 2023 lalu iaitu 4.7925.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan analisis teknikal, ringgit telah pun melepasi paras rintangan iaitu RM4.7958.

"Kita sedia maklum bahawa trend mata wang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran. Terbaharu, bank pusat China telahpun mengurangkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas dan ia melebihi jangkaan penganalisis ekonomi. Situasi ini sudah pasti akan melemahkan mata wang yuan.

"Ringgit pula dilihat kaitan ketara dengan mata wang yuan. Maka sebarang pergerakan yuan sudah pasti akan memberi kesan kepada ringgit. Persoalannya, apa yang harus dilakukan oleh pembuat dasar?

"Persoalan ini tidak semudah yang disangka dan jalan penyelesaiannya juga tidak boleh disamakan seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun 1998," katanya kepada BH.

Beliau menambah, umum mengetahui bahawa pasaran modal Malaysia begitu terbuka kepada pelabur asing, susulan itu mereka bebas memiliki saham dan bon yang diterbitkan di Malaysia.

Berdasarkan data terkini, nisbah milikan asing dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelabuaran Kerajaan (GII) telahpun merosot ke paras 33.8 peratus dan 9.3 peratus setakat Januari 2023.

Ini berbanding 36.6 peratus dan 10.2 peratus yang dicatatkan pada Julai tahun lalu.

"Ada pelbagai sebab milikan asing berkurangan. Salah satunya adalah pulangan pelaburan yang lebih tinggi di AS berdasarkan perbezaan kadar faedah iaitu 'Fed Fund Rate' berada pada paras 5.50 peratus berbanding OPR 3.0 peratus.

"Namun, penyelesaian isu kelemahan ringgit melalui kenaikan OPR adalah tidak tepat kerana ia boleh melemahkan ekonomi domestik.

"Justeru apakah jalannya? Jalan terbaik adalah dengan menunjukkan bahawa reformasi dasar ekonomi sedang dijalankan dan pelaksanaannya mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.

Selain itu, katanya, perubahan dasar perlu berlaku secara beransur-ansur dan tidak mendadak.

"Kemudian, komunikasi kepada rakyat, pelabur dan pengusaha perlu dijalankan supaya mereka mendapat gambaran sebenar apa yang ingin dicapai.

"Pendek kata, perlu konsisten dan realistik. Mungkin inilah caranya yang boleh menarik perhatian pelabur asing untuk membeli saham dan bon di Malaysia dan sekiranya ia berlaku secara berterusan maka ringgit bakal pulih dalam tempoh akan datang," katanya.

WOIT

INI TAI CHI

INI SILAT

AMIN

MAK CIK  KIAH

DARI SENALING

TAK FAHAM

KENAPA RINGGIT

MURAH

AMIN

GUA SENDIRI PUN

TAK FAHAM

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH 

PASAI NEGERI LAIN 

DI ASEAN SEMUA OK

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: