Khamis, 29 Februari 2024

SUARA BERANI PEMIMPIN MUDA





Akmal saran PM pecat

 King Sing

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri i Anwar Ibrahim disarankan supaya memecat i Tiong King Sing daripada jawatan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa King Sing tidak sensitif dalam membuat beberapa keputusan.

Antaranya mengiktiraf sup babi yang diselitkan dengan herba aromatik dan rempah ratus, bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.

“Daripada mengiktiraf bak kut teh menjadi hidangan warisan negara lebih baik mengiktiraf makanan lain seperti nasi goreng Cina dan banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat di negara ini tidak kira kaum mahupun agama.

“Jika menteri tidak boleh nak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia dan apakah relevannya dalam membuat keputusan, sudah tiba masanya kita mohon agar PMX untuk pecat sahaja menteri,” katanya dalam kenyataan.

Muhamad Akmal berkata, alasan pemecatan King Sing adalah sama dengan tindakan beliau menurunkan pangkat  Dr Ammar Abd Ghapar sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Beliau mendakwa, King Sing merupakan menteri yang paling tidak menunjukkan prestasi dalam sejarah.

“Kerana jika KP Pelancongan diturunkan pangkat sebab prestasi merosot maka alasan yang sama boleh digunakan kepada menteri yang bukan sahaja merosot tetapi menteri yang paling teruk dalam sejarah. Menteri kong ka li kong lebih baik letak jawatan!” kata beliau.

Media sebelum ini melaporkan King Sing menurunkan pangkat Ammar kepada Timbalan Ketua Pengarah.

Keputusan itu dibuat berdasarkan faktor kemerosotan prestasi Ammar, disifatkan beliau sebagai tidak memuaskan, selain tidak mencapai standard ditetapkan walaupun telah beberapa kali dinasihat dan diberikan peluang.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, King Sing berkata, tiada libat urus dengan pemain industri juga menjadi antara punca pegawai itu diturunkan pangkat.

Tempat Ammar digantikan Manoharan Periasamy yang merupakan bekas Pengarah Tourism Malaysia India.

Sementara itu pengumuman bak kut teh sebagai Warisan Negara juga mencetuskan kontroversi kerana ia didakwa tidak mengambarkan makanan yang dinikmati semua kaum di negara ini.-


INI CONTOH

SUARA BERANI

PEMIMPIN MUDA

AMIN

LAGI RAMAI

PEMIMPIN MUDA

BERANI BERSUARA

LAGI CERAH MASA

 DEPAN NEGARA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Klu pmx tak berani pecat, suruh ke king kong tu pecat pmx