Khamis, 29 Februari 2024

TANDA BERTAMADUN



Penjaja heret anjing dipenjara sehari, denda RM12,000

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 terhadap seorang penjaja selepas didapati bersalah mengheret seekor anjing di atas jalan menggunakan menggunakan motosikal pada November tahun lalu.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan, memutuskan hukuman berkenaan terhadap Tan Chee Keong, 45, selepas dia mengaku bersalah terhadapnya yang dibacakan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan, lelaki itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Anjing betina baka Mongrel yang diseret di permukaan jalan oleh tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara tidak wajar melakukan perbuatan yang menyebabkan kesakitan iaitu menyeret seekor anjing betina baka Mongrel berwarna coklat di permukaan jalan menggunakan seutas rantai sepanjang 182 sentimeter dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC nombor pendaftaran PLQ 9858.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Sukun Indah 1, Taman Sukun Indah di sini jam 12.06 tengah malam pada 21 November lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Subseksyen 44(1)(d) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang boleh dihukum dibawah Subseksyen 44(1) akta sama iaitu denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal bayar denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Roziman Awang manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Anas Hakimi.

Ketika prosiding, Roziman meminta tertuduh dikenakan hukuman dalam bentuk pengajaran dengan mengambil kira kepentingan kebajikan haiwan tidak berakal, selain tindakan tertuduh tersebut tular di media sosial.

Bagaimanapun, Anas merayu hukuman ringan susulan tertuduh menyesal dengan perbuatannya selain perlu menyara isteri yang lumpuh serta anak lelaki berusia lapan tahun. – MalaysiaGazette

TANDA KITA

BERTAMADUN

DILIHAT BAGAIMANA

KITA MELAYAN

KANAK-KANAK

WANITA  ORANG TUA

DAN HAIWAN

AMIN

JUGA BAGAIMANA

KITA TANGANI

ALAM SEKITAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: