Isnin, 27 Mei 2024

ANAK MUDA TAK PERCAYA SISTEM ORANG TUA



10,160 pelajar tidak 

hadir duduki 

peperiksaan SPM

 2023
PUTRAJAYA –  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti mengapa 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Ketua Pengarahnya, Azman Adnan berkata, pihaknya memandang serius jumlah  itu dan ia perlu ditangani dan diteliti agar langkah intervensi dapat dilakukan.

Tahun lalu, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi menduduki peperiksaan itu.

“Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023) selepas berlaku penurunan agak banyak (calon SPM 2023 berbanding 2022).

“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan Malaysia di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

SISTEM PELAJARAN

TERBUKTI GAGAL

AMIN

TAK MENARI

MINAT PELAJAR

AMIN

SEKOLAH AJAR 

MENGINGAT

BUKAN DIAJAR

BERFIKIR

AMIN

SPM ADALAH

UJIAN

MENGINGAT

KAH KAH KAH

TINGGALKAN

SEKOLAH

LAWAN

 ORANG TUA

KHALAS

Tiada ulasan: