Pesakit COVID-19 Singapura yang masuk hospital meniingkat
SINGAPURA: Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 meningkat kepada 280 orang sepanjang minggu lalu, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.
Justeru, beliau sekali lagi menggesa mereka yang lemah dan terdedah supaya mendapatkan suntikan vaksin tambahan.
"Bagi memastikan golongan warga emas yang lemah dan terdedah ini lebih mudah mendapatkan vaksinasi mereka, pasukan vaksinasi COVID-19 bergerak akan dikerah ke lokasi estet perumahan yang terpilih di serata pulau mulai sekarang hingga 28 Jun.
"Jumlah pesakit coronavirus yang dimasukkan ke hospital kian meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan sekitar 250 kes sedemikian bagi minggu antara 5 Mei hingga 11 Mei, naik daripada 181 kes berbanding minggu sebelumnya," katanya.
"Dapatkan vaksinasi anda setahun sekali, terutama jika anda lebih berusia," katanya.
Peningkatan jumlah pesakit itu menyusuli gelombang jangkitan COVID-19, didorong subvarian KP.1 dan KP.2, yang membentuk lebih daripada dua pertiga kes coronavirus di Singapura.
Sehingga 3 Mei, Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan KP.2 sebagai varian di bawah pemantauan.
Namun, Kementerian Kesihatan menekankan bahawa tiada petanda pada peringkat sejagat mahu pun setempat, bahawa KP.1 dan KP.2 lebih mudah menular atau menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding varian yang ada kini.
Tambah Ye Kung, gelombang coronavirus yang melanda sekarang dijangka memuncak menjelang akhir Jun. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan